Wednesday, April 9, 2008

DAJJAL

DAJJAL ADALAH PELAKU FITNAH TERBESAR DALAM SEJARAH MANUSIA


Dalam Musnad, Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda/'Di antara penciptaan Nabi Adam dengan terjadinya kiamat, tidak ada fitnah yang lebih besar dari Dajjal." Dalam Shahih, Imam Muslim meriwayatkan,"Diantara penciptaan Adam sampai tegaknya kiamat, tidak ada fitnah yang lebih besar dari Dajjal."
Jika masalah fitnah Dajjal bukan merupakan masalah yang sangat membahayakan, tentu Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan memberikan contoh tauladan untuk selalu memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari fitnah Dajjal, khususnya dalam tasyahud sebelum mengucapkan salam, dengan mengucapkan "Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari siksa Jahanam, dari fitnah kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masikh ad Dajjal."
Hal in! berdasarkan kepada hadis Anas dan Abu Hurairah, Siti Aishah, Ibn. Abbas, Sa'd bin Abi .Vaqqash dan Amrbin Syuaib. Nabi Muhammad s.a.w. membaca doa, beliau membaca isti 'adzah untuk memohon pelindungan dari kejahatan fitnah Dajjal dalam setiap sembahyang, Baginda mengajar doa itu kepada para sahabat sebagaimana mengajar surah AIQuran.

Inilah kapal yang dijumpai berjalan sendiri merayau-rayau tanpa sesiapa mengemudikannya. Peliknyatiada seorang pun dijumpai di atas kapal ini. Entah ke mana ghaibnya Kapten kapal dan anak-anak kapalnya, selepas melepasi kawasan Segitiga Bermuda